Monday, September 26, 2011

Revolusi fesyen bertudung

Kita semua maklum bahawa Islam mewajibkan setiap wanita untuk memakai tudung. Kalau kita perhatikan di Malaysia, sejak dulu hingga kini macam-macam jenis fesyen tudung di ketengahkan. Kalau dulu, asal pakai tudung mesti pakai tudung labuh ala ustazah..Tetapi sekarang ramai golongan muda dah pakai tudung yang nampak macam singkat,tapi sebenarnya bagi aku tak salah menggayakannya..asalkan baju yang di kenakan tak lah terlalu sendat hingga mendedahkan aurat lain pulak.










FESYEN TUDUNG 2011






Tahun 2011 ni, muncul fesyen tudung baru ilham dari Hana Tajima, seorang pereka busana muslimah dari oversea yang ingin mengubah persepsi bahawa bertudung tak boleh berfesyen. Kalau kita tengok, semua fesyen beliau agak moden and trendy..fesyen tudung beliau jugak nampak ala timur tengah tetapi amat selesa di gayakan...untuk cara pemakaian, anda semua boleh tengok di you tube.






FESYEN TUDUNG 2010






Pada tahun 2010, kita diperkenalkan dengan fesyen tudung Yuna yang mengetengahkan tudung selendang. Kalau kat market, memang agak murah tudung selendang ni dijual..RM 8 pun ada, but depend on quality lah..Yang mana pada tahun ini, Yuna baru sahaja muncul dengan Album pertamanya.. Boleh dikatakan ramai yang menggayakan fesyen tudung ini pada ketika itu.




Sekarang Yuna pun menggayakan juga fesyen tudung Hana Tajima nih..kalau anda nak tahu Yuna dipilih sebagai model untuk menggayakan fesyen rekaan beliau..










FESYEN BERTUDUNG 2008 - 2009






Pada tahun 2008, paling heboh masa ini ialah tudung Ekin...tudung Ekin ni tudung sarung yang ada awning di permukaan kepala. Memang ke mana-mana pergi pun melambak lambak tudung ekin masa tu..emm..memang smart jugak fesyen tudung..Hasil daripada tudung Ekin ni,tercipta la tudung Syria. So maybe ada orang yang tak suitable pakai tudung Ekin, boleh la pakain Tudung Syria






FESYEN TUDUNG WARDINA



Sebelum wujudnya tudung macam tertulis kat atas tu, Tudung Wardina merupakan salah satu fesyen yang hangat sejak zaman aku baru mula-mula kerja lah..kalau tak salah 2006 ke bawah..yang fesyen dia tudung lilit pin di belakang kepala. Fesyen ini banyak menggunakan tudung Empat Segi tepat..

Demikian lah Evolusi fesyen tudung..baguskan...Jadi kepada umat Islam perempuan, marilah kita memakai tudung bagi memenuhi tuntutan agama..siapa kata tudung ni fesyen untuk orang tua? Akan datang aku post fesyen untuk mereka yang bertudung pulak.

thanks for reading