Tuesday, October 4, 2011

Animasi Malaysia

Filem Kartun animasi semakin menjadi-jadi di Malaysia pada ketika ini..Kalau dulu kita selalu dihidangkan dengan animasi dari luar, seperti kartun Doraemon, The Simpson dan lain-lain lagi, tetapi kini kita sudah mula dapat menonton kartun hasil karya warga tempatan..

Dulu, Kartun Kampung Boy kartun tempatan yang telah diperkenalkan kepada kita. Hasil karya daripada Lat ini telah pun menempa nam hingga ke peringkat antarabangsa. Kartun ini terdapat dalam dwi bahasa. Menariknya Kampung Boy ini kerana ianya mengetengahkan ciri-ciri hidup berkampung di negara kita. Sememangnya ia merupakan idea yang sangat bernas. Ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada negara luar adat tradisi suasana berkampung dan budaya masyarakat di negara kita.





Setelah Kampung Boy, Usop Sontorian pula menempa dalam industri animasi ini. Pada ketika ini, memang hari-hari aku menunggu cerita ni di tayangkan..kalau tak salah di RTM 1... cerita ini juga berlatar belakang suasana kampung dan menceritakan aktiviti kanak-kanak kampung dalam mengisi masa lapang disamping jenaka lucu yang diselitkan dalam cerita ini.


Kemudian diikuti pula dengan Anak-Anak Sidek. Kisah pemain badminton negara kita yang terdiri daripada keluarga Sidek. Siapa tak kenal Misbun Sidek, Jailani Sidek dan Rashid Sidek.. Mereka antara yang telah banyak mengharumkan nama negara dalam arena sukan badminton. Cerita ini mengisahkan perjalanan hidup pemain kita ini dari kecil hingga dewasa dalam menceburi bidang sukan ini.






Kluang Man adalah animasi aksi pertama. Cerita ini kalau dilihat seolah sama seperti Batman & Robin. Cuma bezanya ia berkisarkan tentang kehidupan seorang pesakit jiwa yang masih dalam tempoh rawatan namun dalam diam banyak membantu mengamankan kawasannya dari penjahat pada ketika itu. Cerita ini pun menarik untuk di tonton..aku suka tengok masa zaman kanak-kanak dulu.




Kini, setelah bertahun akhirnya muncul pula Animasi alaf baru UPIN & IPIN. Kalau dulu, watak kartun Malaysia ni, rupanya bergigi jongang, kepala panjang..tapi kali ini lain pula watak kartunnya..Ianya lebih comel dan menarik. Bermula dengan UPIN IPIN sempena bulan puasa, dan kerana sambutan hangat ianya telah di filemkan pula. Amat menarik dan seronok untuk ditonton tak mengira usia.





Terkini, muncul pula Boboi Boy..hasil produksi Las copaque jugak..tapi yang ini aku jarang tengok..baru tengok sekali dua..tapi korang boleh la cuba tonton..rasanyanya menarik jugak untuk di tonton...so...


CHECK IT OUT...................