Thursday, May 28, 2009

SeGarKan BaDan AnDa.........


Badan lemah tak bermaya?? emm..selepas penat bekerja,bersukan dan melakukan aktiviti, badan kita mesti terasa penat dan tak bermaya. Namun begitu, ada caranya untuk menyegarkan badan.Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan Sauna.

Sauna merupakan satu aktiviti yang amat terkenal bagi masyarakat kebudayaan Mediteranean, Rom, Rusia dan India. Ianya berfungsi untuk mengeluarkan racun atau toksin dalam badan. Selain daripada itu, suana ini juga berperanan untuk mengendurkan otot-otot yang kejang kesan daripada olahraga dan bekerja yang dalam tahap ketegangan yang tinggi. Untuk mereka yang ingin melangsingkan badan juga, Sauna dikatakan satu amalan yang sesuai. Ini kerana, amalan ini dapat membakar 400 kalori dalam masa setengah jam sahaja...
So, for those yang rasa berminat nak ke Sauna, di sini ada di senaraikan resort yang sediakan perkhidmatan tersebut. Cubalah..coz aku sendiri pun dah cuba..memang seriously berkesan dan segar selepas sauna tu..

1) The Roman Spa, Eden Garden Hotel (Johor)
2) Club Med Spa Cherating
3) Mandara Spa, Sutera Habour Resort (Sabah)
4) Puri Santi (Kuala Lumpur)
5) Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort
Tips penting ketika sauna, banyakkan minum air masak sebelum dan selepas sauna..

Tuesday, May 26, 2009

mUST haVe cOLLeCTioN.........


Rajah a) 1-Louiss Vuitton
2-Melata Flora
3-Emilio Pucci
4-Club Monaco
5-Escada


Rajah b)1-Beg Jurai JLO- RM699
2-Louiss Vuitton
3 - Gelang Apache



Rajah C) 1- Aldo, RM108
2-Noir, RM129
3-Diva, RM65
4-Salabianca, RM183


Rajah D) 1-Gelang Voir, RM17.90
2-Vincci Accessories RM25
3-Sugarlife RM25
4-Vincci RM25




Rajah E -wANteD sHOES

Sila berikan komen anda diruangan yangdisediakan

Photo & idea by EH! magazine

PerFUme MInGGU iNi......

Rajah 1) Anna Sui = RM 190.99
Rajah 2)One Drop PErfume =RM40

Rajah 3)Moroccan rose from Body Shop = Harga tak diketahui


Rajah 4) Perfume oil Body shop



Rajah 5) Japanese Cherry Blossom body lotion- melembabkan serta mewangikan kulit
Rajah 6) Wild Cherry Puree Body Lotion (Body Shop)


ok, arini aku nak bercakap lak pasal....perfume...siapa manusia dalam dunia yang fana ni suka kan bau busuk?? Giler ke apa..rasanya semua orang suka kan kewangian. Tak kiralah kat mana pun level seseorang tu, mesti suka pada benda yang wangi... Sebab tu la banyak produk minyak wangi kat pasaran sekarang. Macam-macam jenama. Ada yang murah dan jugak yang mahal. Kat ata ni,sini ade aku list kan perfume pelbagai rupa yang korang boleh pilih untuk pakai setiap hari.

MengHILangkAn BAu BaDan


Bau Busuk?? eeeeee..yerk..pernah tak korang pergi jalan-jalan, pastu tengah berjalan, tiba-tiba ada terbau busuk..bukan bau bangkai ke ape..tapi rupanya bau badan orang yang lalu kat sebelah kita tu..Emm..malukan kalau berhadapan dengan situasi yang macam tu..so, bagi korang yang berhadapan dengan "penyakit" badan berbau ni, petuanya mudah jek

1) Pakai lah deodorant..macam-macam produk ada kat pasaran tu, just pilih jek mana korang nak. Ada yang mahal, ada gak yang murah

2) Nak guna kaedah tradisional pun boleh.. Mak aku pernah cakap, gunakan buah limau kasturi. Macam mana rupa limau kasturi?? tengok gambar atas ni. Senang saja caranya. Potong buah limau kasturi, masa mandi gosok limau kasturi tu kat ketiak korang.Sebab orang cakap bau badan ni berpunca dari ketiak. Amalkan lah setiap hari, gerenti berjaya.

3)Selain petua mak aku tu, ada juga aku terbaca yang orang guna kan air rebusan inai. Masa mandi, korang gosok lah daun inai yang dah direbus tadi, kat ketiak korang..Insyallah berjaya..Tiada lagi bau badan..

So, ingatlah bau badan yang busuk amat menakutkan..hahaha

Monday, May 25, 2009

Rahsia Kecantikan ramBut..


Rambut adalah mahkota wanita yang penting..tak kiralah anda bertudung ataupun tidak...semuanya mementingkan penjagaan rambut..sebabnye rambut tu melambangkan keperibadian seseorang.Tak kiralah perempuan ke, laki-laki ke...semua mesti mementingkan penjagaan rambut. Nak tahu cara dia?? baca kat bawah ni :

1) Daun Lidah Buaya : Korang boleh gunakan lendir daun lidah buaya sebagai syampu atau pun perapi. Lendir ni, berfungsi untuk menyihatkan sel rambut kita,kuat kan akarnya dan melindungi rambut dari rosak akibat penggunaan pengering rambut yang kerap. so, kalau korang rasa nak rambut yang lebat, cantik dan da bomb..gunakan lah lendir lidah buaya ni..senang jek nak dapat..tanam pun senang.
2)Daun Pandan :Rambut berkelimumur?? No....rambut cantik, tapi ada kelimumur lak...oh no...aduhai...kena lah jaga sikit...sekarang ni macam macam produk syampu anti kelimumur kat TV tu kan..well,tu yang moden..tapi bagi korang yang nak mencuba kaedah traditional, boleh gunakan daun pandan. Caranya mudah jek...First, ramas hirisan daun pandan dengan air. Pastu sapukan lah kat rambut anda.Biarkan seketika dan biarkan dia meresap ke dalam kulit kepala.....after that, bilas lah rambut tu sampai bersih....Selain hilangkan kelimumur, daun pandan jugak boleh mewangikan serta menghitamkan rambut.
Tips PenjagGaan Rambut :
a) Jangan sesekali menggosok rambut terlalu kuat masa basah. Kerana ia akan menyebabkan rambut kita mudah putus dan rapuh...aku baca ni dalam majalah..dia cakap macam tu lah
b)Jangan biarkan rambut anda terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari..Sebab, ia akan membuatkan pigmen rambut memudar dan kusam
c)Amalkan pemakanan seimbang..Makanan seimbang menyebabkan rambut dan kulit kepala yang sihat. =lebihkan pengambilan vitamin A,B6 dan C
d) Wajib memakai pelembab/conditioner selepas bersyampu..pelembab ni mesti di pakai dihujung rambut sahaja...untuk elakkan rambut kering di hujung dan bercabang...
e) Bagi Yang bertudung tu pulak, jangan sesekali terus perapkan rambut yang basah tu dengan tudung...biarlah dia kering dulu lah...sebab, takut rambut tu berbuah pulak...

Tips lain?? tunggu.....................

Sila berikan komen anda diruangan yang disediakan

Tips HAri Ini.. Nak Awet Muda

Awet Muda
Untuk awet muda?? senang jek..
1) Ade sorang pakcik ni cakap bangun tido, terus minum air masak 1 gelas...sebab..time tu ade satu zat yang masih lagi ade melekat kat lidah kita masa bangun dari tido..tapi bukan lah air liur basi..haha..jangan salah faham lak...jadi..bila kita minum air masak, maka zat tu akan menyerap ke tubuh kita menjadikan kita awet muda..
2) Mase mandi pun ada cara pakcik tu cakap. Kita mandi mestilah start dari hujung kaki dan di akhiri dengan kepala.
3) Selain dari nasihat pakcik tu juga, ada jugak petua mengatakan lepas bangun dari tido, sebelum kita mandi dan gosok gigi, urut lah wajah kita tu menggunakan air, dari bawah dagu hingga ke atas dahi smbil selawat 3 kali. Amalan mengurut ni mesti dilakukan setiap hari. Mungkin dengan cara ini, darah kat muka kita akan berjalan lancar dan kesannya awet muda lah.
Ha...ape lagi kawan-kawan..cuba lah..insyaallah berjaya..selamat mencuba


Sila berikan komen anda di ruangan yang disediakan

Friday, May 22, 2009

Introduction.........Mukadimah

Rahsia Nenek?? Kenapa aku pilih nama ni?? huhuhu..Sebabnye.....aku nak korang sume tahu, kalau nenek kita tak wujud, maka tak wujud lah generasi zaman sekarang. Zaman nenek-nenek kita dulu, mane ade perubatan moden macam sekarang ni...kalau ada pun, tak upgrade macam sekarang ni..zaman sekarang nak cantik ke,nak ape ke semua nak pakai perubatan canggih dan moden..dan semua pakai duit yang banyak..tapi, cuba kita tengok zaman nenek kita dulu,takdenye nak pakai perubatan canggih tu cantik.paling-paling pun pakai kaedah traditional.Cantik jugak apa. Tapi, apa pun, terpulang kepada individu.
Berbalik kepada blog ni, dalam blog ni, saya akan mengetengahkan petua traditional nenek moyang kita kepada anda, serta fesyen kahs untuk mereka yang bertudung mahupun tidak..sesuai dengan masa kini..Semoga anda terhibur dah selamat membaca.........