Monday, September 26, 2011

Revolusi fesyen bertudung

Kita semua maklum bahawa Islam mewajibkan setiap wanita untuk memakai tudung. Kalau kita perhatikan di Malaysia, sejak dulu hingga kini macam-macam jenis fesyen tudung di ketengahkan. Kalau dulu, asal pakai tudung mesti pakai tudung labuh ala ustazah..Tetapi sekarang ramai golongan muda dah pakai tudung yang nampak macam singkat,tapi sebenarnya bagi aku tak salah menggayakannya..asalkan baju yang di kenakan tak lah terlalu sendat hingga mendedahkan aurat lain pulak.










FESYEN TUDUNG 2011






Tahun 2011 ni, muncul fesyen tudung baru ilham dari Hana Tajima, seorang pereka busana muslimah dari oversea yang ingin mengubah persepsi bahawa bertudung tak boleh berfesyen. Kalau kita tengok, semua fesyen beliau agak moden and trendy..fesyen tudung beliau jugak nampak ala timur tengah tetapi amat selesa di gayakan...untuk cara pemakaian, anda semua boleh tengok di you tube.






FESYEN TUDUNG 2010






Pada tahun 2010, kita diperkenalkan dengan fesyen tudung Yuna yang mengetengahkan tudung selendang. Kalau kat market, memang agak murah tudung selendang ni dijual..RM 8 pun ada, but depend on quality lah..Yang mana pada tahun ini, Yuna baru sahaja muncul dengan Album pertamanya.. Boleh dikatakan ramai yang menggayakan fesyen tudung ini pada ketika itu.




Sekarang Yuna pun menggayakan juga fesyen tudung Hana Tajima nih..kalau anda nak tahu Yuna dipilih sebagai model untuk menggayakan fesyen rekaan beliau..










FESYEN BERTUDUNG 2008 - 2009






Pada tahun 2008, paling heboh masa ini ialah tudung Ekin...tudung Ekin ni tudung sarung yang ada awning di permukaan kepala. Memang ke mana-mana pergi pun melambak lambak tudung ekin masa tu..emm..memang smart jugak fesyen tudung..Hasil daripada tudung Ekin ni,tercipta la tudung Syria. So maybe ada orang yang tak suitable pakai tudung Ekin, boleh la pakain Tudung Syria






FESYEN TUDUNG WARDINA



Sebelum wujudnya tudung macam tertulis kat atas tu, Tudung Wardina merupakan salah satu fesyen yang hangat sejak zaman aku baru mula-mula kerja lah..kalau tak salah 2006 ke bawah..yang fesyen dia tudung lilit pin di belakang kepala. Fesyen ini banyak menggunakan tudung Empat Segi tepat..

Demikian lah Evolusi fesyen tudung..baguskan...Jadi kepada umat Islam perempuan, marilah kita memakai tudung bagi memenuhi tuntutan agama..siapa kata tudung ni fesyen untuk orang tua? Akan datang aku post fesyen untuk mereka yang bertudung pulak.

thanks for reading












Friday, September 16, 2011

DULU CINTA SEKARANG BENCI



Hari ini, aku nak menulis pasal apa eik...ha..pasal cinta..zaman sekarang ni, zaman teknologi 2011..dah nak masuk 2012 dah pun..adalah mustahil kalau kita tak jumpa orang yang mabuk bercinta..tak kisah la bercinta kat mana..CINTA MUKA BUKU ke, CINTA CHATTING ke, SYURGA CINTA ke, CINTA MONYET ke..tak kisah lah..asalkan cinta...huhu..tetapi bercinta memang lah ada pasang surutnya..tak semesti happy ending..ada jugak yang sad ending..kat bawah ni aku share la beza masa bercinta n masa dah break off..









Masa bercinta:



  1. Semua yang kau buat aku suka, kita saling memahami and saling bertolak ansur. No matter what, u are everything to me


  2. Kau pun janji, apa yang bahagia untuk kau, aku akan terima asalkan kau bahagia (Lautan api sanggup ku renangi..cewahh)


  3. Apa orang kata pasal kau, aku tak peduli..yang penting i love u ever dear...


  4. Tak mungkin aku akan cari girlfriend/boyfriend lain selain kau..(i'm setia u know)


  5. Kalau boleh everyday, 24 seven i want to be with you.. (sanggup tak tidur tu)


  6. Hari hari aku fikirkan kau, i want to married you soon (miangnya rasa)




Bila da break off



  1. Semua yang kau buat aku suka, tapi..tu dulu, sekarang kita tak saling memahami lagi..kau salahkan aku,aku salahkan kau..get lostt


  2. Kau nak bahagia? aku tak bahagia lagi,ko jangan harap aku nak bagi kau bahagia...


  3. Orang kata kau busuk...so why do i need to love you?? (Alasan bodoh semua keluar)


  4. Kau cakap kau setia, tapi ko memang tak guna..

  5. 24 seven with you?? gila apa...haram..haram...


  6. Tak ada fikir kawin kawin nih,ko memang penipu besar




Semua orang mesti pernah mengalami hal-hal macam tertulis kat atas nih..mustahil lah tak pernah..memang bila break off tu agak menyakitkan..tak kisah lah atas faktor apa pun..aku sendiri pun pernah rasa..ada setengah tu after break off terus bermusuhan..it supposed not to be happen..


Sepatutnya kita muhasabah diri..Fikir secara logik and positive, kenapa perkara macam tu boleh terjadi..mungkin ada sebab kerana keluarga, atau sebab lain...Tapi kadang-kadang,sakit hati tu pulak yang menguasai diri hingga hilang pertimbangan..tu yang jadi kes terjun bangunan lah,santau menyantau dan lain-lain..ingat-ingatlah pada Tuhan


Tak salah kalau after break off, kita jadi kawan kepada bekas kekasih kita tu. Kenapalah nak diputuskan silaturahim sesama insan. Percaya lah pada jodoh..insyaallah...





Tuesday, September 6, 2011

Loves your eyes make life better


Mata is everything..bak kat pepatah (tak tahu siapa yang reka) dari mata jatuh ke hati..
Terutama wanita, semestinya mengutamakan kecantikan mata...Dulu,aku pun tak pernah ambil tahu pun pasal nak jaga mata la,cantikkan mata la whatsoever..tapi berkat nasihat seorang kakak ni, baru aku sedar betapa pentingnya mata..that time i was study in UUM lah..After that day , i never miss using eyeliner tak kisah la waterproff ke,tak waterproff ke..janji eyeliner..semata-mata untuk jaga kecantikan mata ni..cewah..that how the story begin...

But actually, tak semua eyeliner yang kita pakai ni sesuai for our eyes..macam baru-baru ni, aku tukar la brand satu jenis eyeliner ni..murah memang la murah..baru 10 ringgit...nak jimat punya pasal lah konon..sekali pas pakai tu,kelopak mata aku tetiba gatal and mula membengkak bagaikan baru lepas kena penumbuk la plak..adui..hilang keayuaan ku..haha..amat mengecewakan..

Aku pun da buat beberapa kajian, sekiranya berlaku simptom seperti itu,

  1. Buang jek eyeliner yang korang beli tu...tak kisah la harga mahal ke murah ke..that means, it really not suitable for ur beautiful eyes
  2. Buy another eyeliner brand, better the original one lah..coz the ciplak one maybe contains unsuitable chemical for our beautiful eyes..
  3. Also not advisable to use glitter eyeliner (yang ada bling-bling kat mata tu)..coz this to avoid serbuk glitter tu masuk dalam mata..amat dikhuatiri serbuk tu akan melukakan kornea mata..oopss..nanti jadi ape pulak? can u imagine it?
So,that a simple tips to take care of ur eyes using eyeliner..
LOVE OUR EYES, MAKES LIFE BETTER

Friday, September 2, 2011

IKLAN RAYA UNTUK TATAPAN

Tiap kali raya, kat televisyen, semestinya akan memaparkan iklan raya..Iklan raya yang paling aku tunggu2 every year of coz la iklan raya petronas,,coz iklan diorg ni ade dia punya sentimental value dia lah...macam boleh feel raya tu sket compared to other..

As i know, Kebanyakan iklan petronas ni di ilhamkan oleh Yasmin Ahmad...she's really got talent..coz most of her karya diingati oleh semua rakyat Malaysia coz it simple n unik..termasuk lah filem-filem beliau contohnya SEPET, MUALAF, dll lagi..

So kat bawah ni antara iklan RAYA PETRONAS yang aku download kalau korang masih ingat ar..best sangat










Selamat Hari Raya All...