Friday, January 22, 2010

Cinta antara 2 darjat??



Gambar kat atas ni, melambangka cinta antara dua darjat...haha..tak ada lah..sebenarnya melambangkan pasangan yang terpisah kerana darjat..cewah.,,aku ingatkan di zaman canggih lagi berteknologi tinggi ni, dah tak wujud lagi cinta antara dua ni..tapi, nyata memang ada..cinta jenis yang macam ni...tapi so far, kesan dari cinta macam ni banyak yang terpisah..kesian kan??



KES 1 : TERPISAH KERANA HARTA dan HASUTAN KELUARGA

Kes ni terjadi kepada kawan aku (Andie) yang sayang sangat kat girlfriend dia (diana), and umur baru 17 tahun dah kawin ngan girlfriend dia tu..sampai 3 kali datang merisik pempuan tu..tapi famili perempuan tu tetap reject, malah maki lagi family si andie tu..tapi disebabkan mereka dah cinta tak leh dipisahkan lagi, maka terpaksa la kawin di usia muda..sepanjang perkahwinan diorang, memang lah family di Diana ni asyik lah buat pelbagai jenis hasutan kepada family Andie n diri Diana sendiri..sampaikan mereka gaduh besar..tapi kerana perasaan sayang yang kuat, diorang still bertahan sampai mendapat cahaya mata yang kedua...entah kenapa, Diana masa tu terhasut dengan kakak dia, mengambil keputusan tuk menyerahkan anak kedua mereka kepada kakak kandung diana, tanpa pengetahuan Andie..namun, atas alasan kerana sayang..andie sanggup memaafkan kesalahan diana..Namun, sehingga satu masa, Diana masih terus terhasut dengan hasutan dan pengaruh keluarga sendiri, akhirnya dia dan Andie terpisah...(Ish..Ish..memang tak patut tul)



KES 2 : CINTA TERPISAH KERANA DARJAT

Kes ni, terjadi pada kawan perempuan aku (Erina), dia memang lah cun sangat, n boyfriend dia (Syed) pun, agak hensem gak lah..memang kalau tengok, tak ada salah pun diorang bercinta.Memang sepadan sangat lah kiranya..Orang cakap tu pasangan romantik, diorang lah..tapi cinta yang disulam tu, rupanya ada orang ketiga yang menghalang..Penghalang tersebut terdiri daripada ibu kepada Syed tu..Atas alasan, Erina ni bukan keturunan Syed-Sharifah, so tak boleh berkahwin..sampaikan pada satu tahap, mak Syed tu nampak lah gambar Erina dalam bilik Syed. Di koyak-koyakkan gambar Erina tu menjadi abu..huh...memang dahsyat lah..End of it, Syed yang anak bongsu melanjutkan pelajaran dia kat oversea, terpaksa mengikut kata ibunya yang terlalu mementingkan darjat dan keturunan tu. Maka terpisah lah Erina dan Syed...kesian kan? huh..mak camni pun ada..

Emm..bila tengok pada dua kisah di atas, memang lah tak patut keluarga wat macam ni..igt diorg tu too perfect ke? Memang mungkin pada fikiran orang tua dalam dua kes kat atas ni, nak yang terbaik tuk anak-anak diorang..but it is too much kadang bila fikir..anak tu dah dikurniakan otak, akal fikiran tuk berfikir..jadi pandailah diorang fikir mane yang baik n mana yang buruk...cukup la sekadar bagi nasihat...tak payah nak membeza-bezakan keluarga orang lain atau menghina atau memandang rendah keluarga org lain...huh..sungguh tak patut...mati pun nanti, pergi ke tempat yang sama juga...keturunan ape pun same jek..huh!!