
Tuesday, January 26, 2010
My bIrthDay

Monday, January 25, 2010
Saturday, January 23, 2010
Al Fatihah...

Friday, January 22, 2010
Cinta antara 2 darjat??

KES 1 : TERPISAH KERANA HARTA dan HASUTAN KELUARGA
Kes ni terjadi kepada kawan aku (Andie) yang sayang sangat kat girlfriend dia (diana), and umur baru 17 tahun dah kawin ngan girlfriend dia tu..sampai 3 kali datang merisik pempuan tu..tapi famili perempuan tu tetap reject, malah maki lagi family si andie tu..tapi disebabkan mereka dah cinta tak leh dipisahkan lagi, maka terpaksa la kawin di usia muda..sepanjang perkahwinan diorang, memang lah family di Diana ni asyik lah buat pelbagai jenis hasutan kepada family Andie n diri Diana sendiri..sampaikan mereka gaduh besar..tapi kerana perasaan sayang yang kuat, diorang still bertahan sampai mendapat cahaya mata yang kedua...entah kenapa, Diana masa tu terhasut dengan kakak dia, mengambil keputusan tuk menyerahkan anak kedua mereka kepada kakak kandung diana, tanpa pengetahuan Andie..namun, atas alasan kerana sayang..andie sanggup memaafkan kesalahan diana..Namun, sehingga satu masa, Diana masih terus terhasut dengan hasutan dan pengaruh keluarga sendiri, akhirnya dia dan Andie terpisah...(Ish..Ish..memang tak patut tul)

KES 2 : CINTA TERPISAH KERANA DARJAT
Kes ni, terjadi pada kawan perempuan aku (Erina), dia memang lah cun sangat, n boyfriend dia (Syed) pun, agak hensem gak lah..memang kalau tengok, tak ada salah pun diorang bercinta.Memang sepadan sangat lah kiranya..Orang cakap tu pasangan romantik, diorang lah..tapi cinta yang disulam tu, rupanya ada orang ketiga yang menghalang..Penghalang tersebut terdiri daripada ibu kepada Syed tu..Atas alasan, Erina ni bukan keturunan Syed-Sharifah, so tak boleh berkahwin..sampaikan pada satu tahap, mak Syed tu nampak lah gambar Erina dalam bilik Syed. Di koyak-koyakkan gambar Erina tu menjadi abu..huh...memang dahsyat lah..End of it, Syed yang anak bongsu melanjutkan pelajaran dia kat oversea, terpaksa mengikut kata ibunya yang terlalu mementingkan darjat dan keturunan tu. Maka terpisah lah Erina dan Syed...kesian kan? huh..mak camni pun ada..
Emm..bila tengok pada dua kisah di atas, memang lah tak patut keluarga wat macam ni..igt diorg tu too perfect ke? Memang mungkin pada fikiran orang tua dalam dua kes kat atas ni, nak yang terbaik tuk anak-anak diorang..but it is too much kadang bila fikir..anak tu dah dikurniakan otak, akal fikiran tuk berfikir..jadi pandailah diorang fikir mane yang baik n mana yang buruk...cukup la sekadar bagi nasihat...tak payah nak membeza-bezakan keluarga orang lain atau menghina atau memandang rendah keluarga org lain...huh..sungguh tak patut...mati pun nanti, pergi ke tempat yang sama juga...keturunan ape pun same jek..huh!!
Monday, January 18, 2010
My Bad..Bad day...
Wednesday, January 13, 2010
Member tikam belakang..what should we do??
Tikam belakang? pernah tak korang terfikir, kita berkawan dari kecik, until dewasa, sepejabat, sesekolah,dan sesegalanya. Ada juga member yang kita baru kenal di pejabat..and jadi kawan baik kita...depan, wah..bukan main baik, manis betul kata-kata dia..tapi rupanya belakang kita..kutuk habis..n lebih teruk berniat menjatuhkan kita...aku pernah dengan cerita member aku ni..and aku amat simpati, mana tak nya member kebas kekasih hati..depan kita bukan main baik, rupenye belakang kita dia berdating lak ngan pakwe kita tu..ade ke patut?? Banyak juga la cerita aku dengar pasal tikam belakang nih..sedara mara yang tikam belakang pun ada..memang lah tak patut..
Sebenarnye topik ni aku keluarkan atas permintaan seorang mmbr aku yang memiliki member species "tikam belakang" ni...dia amat lah keliru, tak tahu nak wat apa...so..kalo korang ada member yang menikam belakang korang..ape yang korang akan buat? leh tak bagi pendapat korang??
My commeNt :
Secara peribadi, klo aku berhadapan ngan kes camni, aku tak nak bermusuh ngan mmbr yg tikam belakang ni, cuma aku takkan pernah trust dia dalam hidup aku..and layan dia lbh kurang jek la..tapi depend pada ape yang dia dah wat kat kita..kalo teruk sgt..sorry la..say goodbye jek..
Finally..
Monday, January 11, 2010
Tak Faham..
Emm..Aku tak faham tul lah pasal sorang member aku nih..apekah masalah dia sebenarnya sampai tak tegur aku lagi...mesti ada something wrong....aku sms pun tak reply...hurmm..sungguh tak faham...camni lah manusia...tiba-tiba jek mendiamkan diri n wat muka kat kita..aku tak tahu la kenapa..sungguh tak faham..
Im just wonder y..y..and y...