Wednesday, May 15, 2013

YES..im pregnant

Dalam setiap kehidupan berumah tangga, the most exciting thing yang paling ditunggu oleh setiap pasangan ialah mendapatkan cahaya mata..or dalam kata lainnya ialah zuriat.. Alhamdulillah, aku dah pun pregnant almost 6 month until today..Namun begitu, pregnant bukan lah sesuatu yang mudah and boleh dipandang sebelah mata sahaja...There are lot of thing that we need to prepare bagi menyambut kelahiran si comel..

Sebagai 1st time mother,memang agak blur lah nak buat preparation..contohnya macam aku sendiri pun blur tak tahu what is the 1st step to ter  do..So here i want to share for those who become the FIRST TIME MOTHER, some tips lah mengikut pengalaman aku sendiri..

1. FIRST TIME KNOW THAT YOU ARE PREGNANT

  • Nak tahu kita pregnant, senang sahaja just buy the pregnancy test kat farmasi, and test sendiri kat rumah..just follow the instruction provide in the box..


  • After knowing that you are pregnant, cepat-cepat lah ke klinik untuk mengesahkan kesahihannya..bukan apa, kan lebih baik refer pada yang lebih pakar..untuk double comfirm..But normally 99% result appear from pregnancy test kit tu adalah tepat.
  • Step seterusnya, dapatkanlah pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan or swasta.. If di klinik kerajaan totaly free. Tapi bagi yang berminat dengan klinik or hospital swasta, of coz the cost is bit higher lah..depend on your budgeting. Keduanya mempunyai kelebihan masing-masing.
  • Makan pil acid folic and vitamin provide by doctor. Acid Folic amat penting untuk kandungan kita.
  • Pada permulaan kandungan kita akan berasa sedikit loya or mabuk..aku sendiri mabuk memang agak teruk..Keterukkannya are depands on individu..For me mabuk until masuk 4 bulan..selepas tempoh tu im back to normal.
2. SETELAH MABUK HILANG

  • Bila mabuk dah hilang, rancang lah suppliment pilihan anda, dan cari lah susu yang sesuai dengan citarasa anda. Kini terdapat banyak jenis suppliment dan susu di pasaran. Antaranya ialah :
    • Enfamama - susu (terdapat perisa Vanilla dan Coklat)
    • Anmum - susu (tedapat perisa Vanilla, Coklat dan Mangga)
    • New Obimin - suppliment (mengandungi khasiat lengkap untuk keperluan ibu mengandung)
    • Neurogain - suppliment untuk perkembangan otak bayi (boleh didapati di Apex Pharmacy, AmPm Pharmacy, Watson)
    • Similac Pramilat - suppliment yang juga mengandungi acid folic dan fungsi sama seperti New Obimin
    • Shaklee set untuk wanita mengandung
    • VCO catalyst virgin coconut oil - untuk kulit yang cantik bagi ibu dan anak dalam kandungan
  • Selain sibuk dengan suppliment, jangan lupa juga penuhkan diri dengan ilmu juga..contohnya membaca alquran, buku dan sebagainya.Menurut pendapat orang,pendidikan sejak dari dalam kandungan itu adalah penting dan mudah diserap. Aku pun sekarang sedang mencuba, kita lihat hasilnya.
3. PREPARATION SEBELUM KELAHIRAN
  • Antara barang yang perlu dibeli adalah seperti berikut :
    1. Pakaian bayi - newborn (tak payah beli banyak sangat coz baby cepat membesar)
    2. Pampers - Newborn or lampin
    3. Botol susu - standy by if susu tiba-tiba tak keluar
    4. Barut
    5. Bedung - dipasaran kini ada bedung Moden dijual, tapi kalau nak yang tradisional pun boleh cuma susah nak dapat lah sekarang, unless kita jahit sendiri
    6. Set tilam bayi
    7. Set mandian bayi
  • Selain untuk anak yang baru lahir, untuk ibu pula anda boleh lah membeli set selepas bersalin, kain batik, bengkung. Dan jangan lupa juga cari lah bidan untuk urut anda selepas bersalin nanti..
Selain barang-barang yang dinyatakan diatas, apa yang paling penting sekali ialah pengurusan kewangan. Budget yang cukup perlu disediakan kerana tanpa wang yang cukup, agak sukar untuk membeli barang keperluan anda dan bayi yang sememangnya mahal.

So if ada tambahan, anda digalakkan untuk memberi komen lebih lanjut. Coz im 1st TIME MOTHER...

Thank you...