Sunday, June 7, 2009

tahuKah Anda??




Ramai antara kita mementingkan berat badan dan bentuk badan yang ideal..ramai antara kita yang tergila-gila nak body macam model, macam artis dan sebagainya...Macam-macam produk yang ada kat luar sana tuk kita cuba bagi menslimkan badan, menghapuskan selulit dan sebagainya...Tapi...before kita cuba macam-macam produk kat pasaran tu..kita kena lah tahu beberapa perkara tentang apa yang kita makan selama ni dan beberapa tips untuk diikuti..Let check it out :
  1. Elak makan 4 jam sebelum tidur- oz makanan tak dapat hadam masa tidur, so ianya akan bertukar menjadi lemak dan berkumpul menjadi lemak. Lemak ini kan berkumpul di perut dan pinggang..emm sebab tu la buncit terjadi kot


  2. Jauhi makanan yang berlemak dalam kadar berlebihan. Sedikit tak apa..sebab ia berperanan untuk tenaga kita


  3. Nasi terkandung karbohidrat yang tinggi..so, kurangkan pengambilan nasi dengan melebihkan lauk dan sayur tuk tenaga kita.


  4. Elak minum minuman berkarbonat. Coz, dalamnya terkandung 8 sudu gula.Nak kena penyakit kencing manis, boleh la cuba minum banyak-banyak...hehe


  5. Minum 8 gelas ari sehari. Ia dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi serta membantu metabolisme badan menyimpan lemak didalam tubuh.


  6. Makanan laut mengandungi nilai kolesterol yang tinggi..so, better kurangkan


  7. CAra memasak yang paling ideal untuk diet dan kesihatan ialah dengan merebus, memanggang dan kukus.


  8. Kurangkan pengambilan gula. Gula mengandungi 32 kilokalori dalam satu sudu


  9. Jangan berlapar. Kerana badan kita memerlukan tenaga.Apabila tenaga dari makanan telah habis digunakan, tubuh kita akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan metabolisme badan berkurangan. Apabila lapar, kita pastinya akan makan dengan dengan banyak.Malah lebih banyak dari kebiasaanya. Metabolisme dalam badan berperanan untuk membakar kalori..Sekiranya ianya rendah, maka sukar lah kalori kita untuk dibakar..Akhirnya, jadila lemak dalam badan


  10. Digalakkan kita minum minuman seperti limau nipis atau jus oren tanpa gula.Ia berperanan untuk menggalakkan pembakaran lemak.


Ok..demikian lah 10 tips yang saya perolehi untuk setakat ini..Sekiranya anda fikir ada logiknya tips ini, sila lah gunakan..anda pasti tidak rugi..Kesannya?? anda sendiri akan alami..