Thursday, June 18, 2009

KisAh bEauticiaN treaTment




Tahu tak, semalam aku g kuar duit kat Giant Plentong, tengah aku berjalan-jalan, terserempak lah pulak aku ngan sorang amoi ni...Pakaian memang ar class kan..almaklum lah...Amoi tu kerjanya beautician...juru cakap kecantikan la konon..pandai tul towkey kedai tu, bukak kedai kat depan bank, memang senang ar na korek duit customer..bijak-bijak..


Berbalik pada cerita tadi, amoi tu pun jumpa la aku yang kebetulan mood memang lah tak berapa nak baik...macam nak baling jek kepala dia ngan beg aku tu rasa..Dia pun mula la pujuk-pujuk aku suruh dengar cerita dia pasal kecantikan..seboleh-boleh nak suruh aku cuba service pat dia....malas aku..mahal giler beb..
Teringat pulak pengalaman aku dulu. Aku pernah cuba satu tempat ni..masa promosi, memang ar murah..bayar seratus jek...Bukan tu jek, siap bagi check kulit SECARA PERCUMA lak tu...Aku yang masa tu tak berpengalaman ni pun, dengan bijaknya mencuba. Budak pempuan tu bukan main, cakap "Kulit u memang ok, cuma ada sedikit pigmentasion, Tapi kalau pakai rawatan kami, sume akan jadi ok". Yelah tu, akhirnya aku pun bersetuju..At first aku tak tahu lak nak kena bayar 100. Lepas jek test kulit and dengar penerangan dia, dia pun tanya aku, sama ada aku berminat or tak...Aku ni tak pernah cuba katakan, mesti la cakap berminat..Sape lah tak nak jadi cantik secara percuma..Bodoh la kalau tolak tuah..Maka, aku pun bersetuju.


Selepas aku bersetuju, budak perempuan tu pun mengeluarkan voucher untuk aku. Lepas dia tulis nama aku dalam voucher tu, dia pun berkata " Ok, i sudah tulis nama u di sini, tapi untuk dapatkan voucher ini, u kena bayar kita 100 sahaja untuk rawatan. And after this, u tak perlu bayar apa-apa lagi..Just jumpa pakar kami untuk rawata"...Peh......Bengang giler aku..Dah ku agak, ini akan terjadi...Tapi nak buat macam mana..Masa tu pulak aku kemaruk gila nak buat fokus pada kecantikan...semua nak buat, cuci gigi la, macam-macam..So, aku pun bayar la 100 kat perempuan tu.


Seminggu lepas tu, aku pun pergi la ke spa kecantikan tu. Memang ar cantik..ade class..style hotel..Setiap customer akan di beri towel dan nombor bilik untuk sesi rawatan tu. Masa tu aku dapat bilik no A6. Selepas bersiap-siap, rawatan bermula. Mula-mula memang seronok ar..dapat baring atas tilam. Lega jek badan kan..So, dia pun urut muka kita, cuci pakai pembersih khas, buang black head and white head kita. Habis muka aku, dah macam penuh jerawat batu beb.. Bengkak-bengkak jadinya...cam nak nangis aku masa tu. Memang nyesal gler aku wat rawatan tu..Tapi, nasib lah dia sapu kat muka aku dengan satu alat ni. Memang sejuk.Lama-lama muka aku yang bengkak tadi pulih la sket...ahhh..lega sket...muka memang segar la..rasa cerah sikit dari biasa.


Tapi sepanjang masa rawatan tu, aku terpaksa la tahan godaan.Bukan godaan ape, biasalah orang meniaga, mesti dia nak psyko kita. Untuk lagi cantik nak suruh guna produk tu la, ni la..kalo di layan kan, memang duit kita leh terbang sampai 1000 untuk satu hari sesi rawatan SAHAJA. Sebab setiap teknik rawatan tu berbeza harganya dan bergantung kepada alatan yang digunakan.


Tapi rawatan macam ini, bukan lah menipu. Cuma, kos sahaja tinggi. Tapi kesannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Ada jugak yang asalnya muka penuh jerawat dan jeragat.Tapi setelah mengikuti beberapa sesi rawatan, kulit menjadi tegang dan cantik. Tapi bagi aku yang tak lah berduit ni, memang tak mampu la nak habiskan duit untuk rawatan macam tu. Tunggu la kot-kot aku kawin ngan datuk J ke, jadi jutawan ke, baru aku buat rawatan tu..haha..

Photo by Google.com