Monday, May 25, 2009

Rahsia Kecantikan ramBut..


Rambut adalah mahkota wanita yang penting..tak kiralah anda bertudung ataupun tidak...semuanya mementingkan penjagaan rambut..sebabnye rambut tu melambangkan keperibadian seseorang.Tak kiralah perempuan ke, laki-laki ke...semua mesti mementingkan penjagaan rambut. Nak tahu cara dia?? baca kat bawah ni :

1) Daun Lidah Buaya : Korang boleh gunakan lendir daun lidah buaya sebagai syampu atau pun perapi. Lendir ni, berfungsi untuk menyihatkan sel rambut kita,kuat kan akarnya dan melindungi rambut dari rosak akibat penggunaan pengering rambut yang kerap. so, kalau korang rasa nak rambut yang lebat, cantik dan da bomb..gunakan lah lendir lidah buaya ni..senang jek nak dapat..tanam pun senang.
2)Daun Pandan :Rambut berkelimumur?? No....rambut cantik, tapi ada kelimumur lak...oh no...aduhai...kena lah jaga sikit...sekarang ni macam macam produk syampu anti kelimumur kat TV tu kan..well,tu yang moden..tapi bagi korang yang nak mencuba kaedah traditional, boleh gunakan daun pandan. Caranya mudah jek...First, ramas hirisan daun pandan dengan air. Pastu sapukan lah kat rambut anda.Biarkan seketika dan biarkan dia meresap ke dalam kulit kepala.....after that, bilas lah rambut tu sampai bersih....Selain hilangkan kelimumur, daun pandan jugak boleh mewangikan serta menghitamkan rambut.
Tips PenjagGaan Rambut :
a) Jangan sesekali menggosok rambut terlalu kuat masa basah. Kerana ia akan menyebabkan rambut kita mudah putus dan rapuh...aku baca ni dalam majalah..dia cakap macam tu lah
b)Jangan biarkan rambut anda terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari..Sebab, ia akan membuatkan pigmen rambut memudar dan kusam
c)Amalkan pemakanan seimbang..Makanan seimbang menyebabkan rambut dan kulit kepala yang sihat. =lebihkan pengambilan vitamin A,B6 dan C
d) Wajib memakai pelembab/conditioner selepas bersyampu..pelembab ni mesti di pakai dihujung rambut sahaja...untuk elakkan rambut kering di hujung dan bercabang...
e) Bagi Yang bertudung tu pulak, jangan sesekali terus perapkan rambut yang basah tu dengan tudung...biarlah dia kering dulu lah...sebab, takut rambut tu berbuah pulak...

Tips lain?? tunggu.....................

Sila berikan komen anda diruangan yang disediakan