Tuesday, March 4, 2014

back again 2014...

back again...ooo
feel rasa nak menulis aka berkarya..cewah...c my dewan bahasa pustaka dah keluar..lol
alhamdulillah kembalinya aku kini dengan keadaan yang lebih sihat..anak pun dah masuk 7 month...yang dulu sibuk cerita aku mabuk teruk dan sebagainya..sekarang alhamdulillah dah selamat pun..actually itu cuma dugaan jek...hihi..nampak tak ayat tu..beza kan...dulu n sekarang..
   

berbalik pada topik...haritu aku ad download dayre..kononnye nak berblogger lah dalam tu..tapi apakan daya..tmporary ni rasa cam tak sesuai la nak berdayre ni..sebabnye agak slow...and until today im not really understand how to use it...so..its better for me to use this page je lah..memandangkan memang da sedia ada...

aktiviti terkini??? sekarang aku sibuk dengan bussiness sabun and lotion bc100...terbaik....
kalo dulu jual nasi lemak..sekarang more relaxing...jual sabun/lotion...sambutan pun baik...mana taknya...harga murah...terMURAH dipasaran tu...memang sesuai sangat untuk berjimat..



 ni lah antara produk yang saya jual...f....or future detail..boleh berkunjung ke biz pages saya @ facebook ladybirds online store

Sunday, June 23, 2013

Dugaan.....

Setelah sekian lama, finally my husband decide to open bussiness. And the bussiness he gonna choose is kedai makan...Everyday people eat..eat..eat.. and eat...so, rasa bisnes makanan ni menguntungkan. Mulanya plan nak buka car wash..but because the modal was limited, so we start first with makan2 bisnes...well, orang kata nak meniaga ni bukan sesuatu yang mudah at the first...yang penting kecekalan dan ketabahan..cewah..ayat....but its true..tanya lah para peniaga sedia ada kat negara mana pun..for sure they will said the same thing..lebih-lebih lagi bila adanya persaingan pulak dengan peniaga lain. Sekarang pun belum apa-apa dah ada yang mula risau perniagaan mereka tergugat bila adanya pesaing baru.. sepatutnya sebagai orang yang berniaga, sekaum pulak tu saling bantu membantu...ini tidak, sanggup nak mencantas peniaga lain dengan amalkan pulak benda khurafat...aku tak faham betul perangai manusia nih..cakap jek agama islam..tapi amalkan juga benda yang dah sah dilarang oleh Allah SWT...
Tengok macam kaum cina, diorang saling membantu antara kaum..cuba korang tengok kedai makan diorang..for sure ramai gila customer tak kira kat mana...sebab apa macam tu? sebab diorang mempelbagaikan perniagaan diorang..bila ada peniaga yang meniaga nasi lemak contohnya, peniaga lain pulak akan jual benda yang lain contoh mee rebus, mee soto, dan lain-lain..

So...kesimpulannya yang penting......KERJASAMA.........

Oh ye, aku pun nak kongsikan ayat 1000 dinar dalam post harini...

Ayat 1000 dinar ni mempunyai beberapa keistimewaannya :

  1. Agar kita dimurahkan rezeki
  2. Menemui jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan
  3. Perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan
  4. Allah akan menunaikan hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan
  5. If berperang insyallah tak akan binasa atau cedera melainkan dah tertulis oleh-Nya ajal pada ketika itu...




Wednesday, May 15, 2013

YES..im pregnant

Dalam setiap kehidupan berumah tangga, the most exciting thing yang paling ditunggu oleh setiap pasangan ialah mendapatkan cahaya mata..or dalam kata lainnya ialah zuriat.. Alhamdulillah, aku dah pun pregnant almost 6 month until today..Namun begitu, pregnant bukan lah sesuatu yang mudah and boleh dipandang sebelah mata sahaja...There are lot of thing that we need to prepare bagi menyambut kelahiran si comel..

Sebagai 1st time mother,memang agak blur lah nak buat preparation..contohnya macam aku sendiri pun blur tak tahu what is the 1st step to ter  do..So here i want to share for those who become the FIRST TIME MOTHER, some tips lah mengikut pengalaman aku sendiri..

1. FIRST TIME KNOW THAT YOU ARE PREGNANT

  • Nak tahu kita pregnant, senang sahaja just buy the pregnancy test kat farmasi, and test sendiri kat rumah..just follow the instruction provide in the box..


  • After knowing that you are pregnant, cepat-cepat lah ke klinik untuk mengesahkan kesahihannya..bukan apa, kan lebih baik refer pada yang lebih pakar..untuk double comfirm..But normally 99% result appear from pregnancy test kit tu adalah tepat.
  • Step seterusnya, dapatkanlah pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan or swasta.. If di klinik kerajaan totaly free. Tapi bagi yang berminat dengan klinik or hospital swasta, of coz the cost is bit higher lah..depend on your budgeting. Keduanya mempunyai kelebihan masing-masing.
  • Makan pil acid folic and vitamin provide by doctor. Acid Folic amat penting untuk kandungan kita.
  • Pada permulaan kandungan kita akan berasa sedikit loya or mabuk..aku sendiri mabuk memang agak teruk..Keterukkannya are depands on individu..For me mabuk until masuk 4 bulan..selepas tempoh tu im back to normal.
2. SETELAH MABUK HILANG

  • Bila mabuk dah hilang, rancang lah suppliment pilihan anda, dan cari lah susu yang sesuai dengan citarasa anda. Kini terdapat banyak jenis suppliment dan susu di pasaran. Antaranya ialah :
    • Enfamama - susu (terdapat perisa Vanilla dan Coklat)
    • Anmum - susu (tedapat perisa Vanilla, Coklat dan Mangga)
    • New Obimin - suppliment (mengandungi khasiat lengkap untuk keperluan ibu mengandung)
    • Neurogain - suppliment untuk perkembangan otak bayi (boleh didapati di Apex Pharmacy, AmPm Pharmacy, Watson)
    • Similac Pramilat - suppliment yang juga mengandungi acid folic dan fungsi sama seperti New Obimin
    • Shaklee set untuk wanita mengandung
    • VCO catalyst virgin coconut oil - untuk kulit yang cantik bagi ibu dan anak dalam kandungan
  • Selain sibuk dengan suppliment, jangan lupa juga penuhkan diri dengan ilmu juga..contohnya membaca alquran, buku dan sebagainya.Menurut pendapat orang,pendidikan sejak dari dalam kandungan itu adalah penting dan mudah diserap. Aku pun sekarang sedang mencuba, kita lihat hasilnya.
3. PREPARATION SEBELUM KELAHIRAN
  • Antara barang yang perlu dibeli adalah seperti berikut :
    1. Pakaian bayi - newborn (tak payah beli banyak sangat coz baby cepat membesar)
    2. Pampers - Newborn or lampin
    3. Botol susu - standy by if susu tiba-tiba tak keluar
    4. Barut
    5. Bedung - dipasaran kini ada bedung Moden dijual, tapi kalau nak yang tradisional pun boleh cuma susah nak dapat lah sekarang, unless kita jahit sendiri
    6. Set tilam bayi
    7. Set mandian bayi
  • Selain untuk anak yang baru lahir, untuk ibu pula anda boleh lah membeli set selepas bersalin, kain batik, bengkung. Dan jangan lupa juga cari lah bidan untuk urut anda selepas bersalin nanti..
Selain barang-barang yang dinyatakan diatas, apa yang paling penting sekali ialah pengurusan kewangan. Budget yang cukup perlu disediakan kerana tanpa wang yang cukup, agak sukar untuk membeli barang keperluan anda dan bayi yang sememangnya mahal.

So if ada tambahan, anda digalakkan untuk memberi komen lebih lanjut. Coz im 1st TIME MOTHER...

Thank you...

Monday, April 29, 2013

SAFETY FIRST

Hi All, im back after long time menghilangkan diri..haha...

There is lot of thing happen in me and family life since my dad pass away on last December.
Yang terbaru is my rumah was enter by orang yang have no job to do selain pecah masuk rumah orang lain. And the worst thing this kind of people telah pun memecah masuk rumah keluarga kami. Walaupun agak kesal sebab kehilangan harta benda, namun kami bersyukur sebab tiada yang terluka or cedera.

Apa yang aku nak tekankan disini ialah langkah keselamatan perlu di ambil sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Kalau di tempat kerja kita selalu mendengar perkataan SAFETY FIRST, begitu juga lah dengan dirumah.Kita perlu mengamalkan perkara yang sama. Sebab malang tak berbau and amat sukar di duga.

TIPS OF THE DAY

SAFETY FIRST @ rumahku syurga ku
  1. Make sure semua pintu dan tingkap yang ada dirumah berkunci sebelum anda tidur or keluar dari rumah. The best way is membeli padlock untuk lebih selamat. (Dengan syarat kunci padlock tersebut mestilah di gantung pada tempat yang memudahkan penghuni rumah mengambilnya. Manalah tahu berlaku kes lain pulak, dah kelam kabut dibuatnya)
  2. Memasang penggera keselamatan. Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis penggera keselamatan untuk kebakaran dan kecurian. Keduanya ini sebenarnya adalah alat yang paling penting dalam kehidupan kita. Namun masih ramai yang tidak menyedari akan kepentingan kedua alatan ini.
  3. Seeloknya memasang tembok keliling rumah dengan gerigi besi bagi menyukarkan si penyamun masuk kerumah. Ataupun mungkin menanam pokok di keliling pagar bagi menyukarkan si penyamun masuk ke kawasan rumah melalui pagar yg sedia ada.
SAFETY FIRST @ jalan-jalan
  1. Especially kaum hawa, apabila berjalan kemana sekali kurangkanlah dari memakai barang kemas yang melampau. Ini akan menyebabkan peragut or pencuri lebih tertarik kepada anda. Bukan tertarik untuk di jadikan bakal isteri. Sebaliknya untuk dijadikan mangsa sebagai punca rezeki mereka
  2. Seeloknya bawaklah wang yang perlu sahaja. Tak perlu membawa wang yang terlampau banyak. Ini kerana sekiranya diragut, kerugiaan yang di tanggung adalah lebih tertinggi berbanding jika anda hanya membawa debit kad anda.
  3. Most important - for muslim, bacalah doa keluar rumah sebelum melangkahkan kaki keluar.


Actually banyak lagi kaedah keselamatan yang boleh kita amalkan.
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik dari berlebih-lebihan.



Sunday, August 12, 2012

Ramadhan to Syawal...

tinggal berapa hari lagi kite akan menyambut syawal...berakhir sudah ramadhan...sedar tak, cpt btl masa berlalu..raya tahun di smbut sederhana jek...maklum lah...budget ttp nk kena kawal...huhu....perasan tak, ramai orang melambung kos bila time hari raya...preparation bju raya, kuih raya,juadah hari raya, langsir rya dan macam2 lagi...perbelanjaan mestilah di kawal..cuba seboleh mungkin dapatkan baju raya yang cantik tapi murah n berpatutan...begit juga kuih raya..the best way to save by Do it your self..its better than u buy anyway.....lagi pun kan lebih berkatnya kalau buat sendiri...dari tunjuk sana..n tunjuk sini...

selain preparation....angpaw raya pun tak lupa...beri lah sekadar y mampu n bukan kerana nak nampak bergaya tapi papa kedana selepas raya...you get what i mean... pendek kata ukur baju di badan sendiri...kalau anda mampu beri 1 ringgit..bagi la 1 ringgit, if not...lower than pun boleh..no rules in the world cakap angpaw raya kena bagi lebih...so bagi sekadar mampu ye....

ape pun...selamat menyambut akhir ramadhan n selamat hari raya.......

Tuesday, October 4, 2011

Animasi Malaysia

Filem Kartun animasi semakin menjadi-jadi di Malaysia pada ketika ini..Kalau dulu kita selalu dihidangkan dengan animasi dari luar, seperti kartun Doraemon, The Simpson dan lain-lain lagi, tetapi kini kita sudah mula dapat menonton kartun hasil karya warga tempatan..

Dulu, Kartun Kampung Boy kartun tempatan yang telah diperkenalkan kepada kita. Hasil karya daripada Lat ini telah pun menempa nam hingga ke peringkat antarabangsa. Kartun ini terdapat dalam dwi bahasa. Menariknya Kampung Boy ini kerana ianya mengetengahkan ciri-ciri hidup berkampung di negara kita. Sememangnya ia merupakan idea yang sangat bernas. Ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada negara luar adat tradisi suasana berkampung dan budaya masyarakat di negara kita.





Setelah Kampung Boy, Usop Sontorian pula menempa dalam industri animasi ini. Pada ketika ini, memang hari-hari aku menunggu cerita ni di tayangkan..kalau tak salah di RTM 1... cerita ini juga berlatar belakang suasana kampung dan menceritakan aktiviti kanak-kanak kampung dalam mengisi masa lapang disamping jenaka lucu yang diselitkan dalam cerita ini.


Kemudian diikuti pula dengan Anak-Anak Sidek. Kisah pemain badminton negara kita yang terdiri daripada keluarga Sidek. Siapa tak kenal Misbun Sidek, Jailani Sidek dan Rashid Sidek.. Mereka antara yang telah banyak mengharumkan nama negara dalam arena sukan badminton. Cerita ini mengisahkan perjalanan hidup pemain kita ini dari kecil hingga dewasa dalam menceburi bidang sukan ini.






Kluang Man adalah animasi aksi pertama. Cerita ini kalau dilihat seolah sama seperti Batman & Robin. Cuma bezanya ia berkisarkan tentang kehidupan seorang pesakit jiwa yang masih dalam tempoh rawatan namun dalam diam banyak membantu mengamankan kawasannya dari penjahat pada ketika itu. Cerita ini pun menarik untuk di tonton..aku suka tengok masa zaman kanak-kanak dulu.




Kini, setelah bertahun akhirnya muncul pula Animasi alaf baru UPIN & IPIN. Kalau dulu, watak kartun Malaysia ni, rupanya bergigi jongang, kepala panjang..tapi kali ini lain pula watak kartunnya..Ianya lebih comel dan menarik. Bermula dengan UPIN IPIN sempena bulan puasa, dan kerana sambutan hangat ianya telah di filemkan pula. Amat menarik dan seronok untuk ditonton tak mengira usia.





Terkini, muncul pula Boboi Boy..hasil produksi Las copaque jugak..tapi yang ini aku jarang tengok..baru tengok sekali dua..tapi korang boleh la cuba tonton..rasanyanya menarik jugak untuk di tonton...so...


CHECK IT OUT...................